Idea Beruang

Tips Buat Duit Secara Online

Wednesday, April 22, 2015

3 Tips Buat Duit Dengan Blog

No comments :

buat duit dengan blog

Pengguna internet saban tahun bertambah.Bilangan pengguna Internet di Malaysia dijangka meningkat kepada 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18 juta orang pada 2012(Kosmo).Jadi amatlah rugi jika kita tidak mengambil kesempatan untuk mengetahui tips buat duit dalam dunia maya yang semakin berkembang ini. Oleh itu, di bawah ini saya kongsikan 3 tips cara buat duit dengan blog yang biasanya blogger seantero dunia buat duit dengan blog mereka!


1. Buat Duit Dengan Program Affiliate


Apa itu affiliate? Affiliate adalah adalah suatu teknik pemasaran(marketing) di internet. Anda sebagai ejen(agen) akan promosikan produk pihak lain. Anda akan mendapat komisen dalam jumlah tertentu setelah produk itu berjaya terjual hasil dari promosi anda itu. Jadi anda mungkin tertanya bagaimana produk itu terjual hasil dari promosi anda itu? Setiap kali anda mendaftar program affiliate, anda akan diberikan id yang membolehkan program affiliate itu merekod segala jual beli yang berlaku ke atas id tersebut. Contoh program affiliate: klikjer,nuffnang

2. Buat Duit dengan Ruang Iklan


Biasanya setiap blogger akan menyediakan ruang iklan yang akan disewakan kepada sesiapa yang mahu memasarkan produk mereka. Sebagai pemilik produk, meletakkan iklan di tempat yang betul amatlah penting untuk memastikan iklan mereka sampai ke golongan sasaran. Oleh itu, blog yang memiliki trafik(traffic) yang tinggi  mudah untuk pemilik produk untuk meletakkan iklan mereka. Jika blog anda cukup bagus, sewaan iklan boleh mencecah ribuan ringgit!

3. Buat Duit dengan Menjual Produk Sendiri


 Biasanya jika kita terjumpa perkataan 'produk' pastinya kita terbayangkan produk fisikal seperti baju,tudung dan seangkatan dengannya dan semestinya kita akan kaitkan dengan modal. Jika itu yang anda sangkakan,  anda silap! Produk tidak semestinya merujuk kepada perkara tersebut. Produk dalam dunia maya ini luas. Produk yang popular di kalangan blogger adalah ebook. Setiap orang pasti ada kebolehan yang tersendiri atau hobi yang biasanya dilakukan di waktu lapang. Sebagai contoh jika anda mempunyai kebolehan menjaga kereta, anda boleh kongsikan pengalaman anda dalam bentuk tulisan dan jadikannya sebagai ebook seperti ebook Mudahnya Menjaga Kereta!

Penutup


Kesimpulannya, menjana pendapatan atau bahasa mudahnya buat duit secara online bukannya semudah skim cepat kaya. Ilmu sangat diperlukan untuk memastikan kita dapat membezakan program mana yang betul dan tidak terlibat dengan dunia penipuan(scam) yang sangat meliar dalam dunia online ini. Dalam artikel yang ditulis di wangcyber.com ,ada juga berkongsi trend online yang dijangka meletop untuk tahun 2015!



Semoga kita berjaya buat duit dengan blog seperti yang diharapkan!.



Yang benar,
Beruang Siber